Sunday, March 8, 2009

Petang

O Rayleigh scatter,
Si pencetus fatamorgana tatkala matahari mula mengalah di ufuk barat.
Aku berterima kasih kepada kehebatanmu
Kerana menghasilkan petang yang cantik,
Warna merah dan jingga bertaburan di kaki-kaki langit dan burung mula bergentayangan di udara mencari tempat untuk beradu,
O aku harapkan kau bisa lebih panjang hayatnya,
Agar lagi lama aku boleh menatap merah jinggamu,
Agar lebih lama aku memuji kecantikkanmu!

No comments: