Saturday, November 29, 2008

Aku sedar

Aku butuh kesedaran untuk bangkit dari kemalasan kerana aku ini selayaknya seperti manusia yang membiarkan masa keciciran, cuma menanti hari baru bermula esok tanpa menyedari masa yang tertinggal di belakang itu adalah satu jahanam bagi aku.

Friday, November 28, 2008

2911

Dua puluh sembilan haribulan sebelas,
Harimu,
Selamat hari jadi Yoko!

Hatred

Aku benci setiap kali kau membuat aku kelihatan bodoh
Aku benci kau berdolak-dalik dengan pertanyaanku
Aku benci untuk berpura-pura tenang dihadapanmu
Aku benci melihat setiap ulahmu yang sarat dengan keegoaanmu sang lelaki
Aku benci mendengar kiasanmu tentang hidup
Aku benci akan suaramu,
Baumu,
Matamu,
Hidungmu,
Ketawamu,
Gurauanmu

Dan paling membencikan,
Aku terpaksa menipu diri sendiri yang aku sangat bencikan kau!

Thursday, November 27, 2008

Aku cuma harapkan itu

Ironisnya, aku cuma mengharapkan aku bisa menahan segala sesak dengan menjerut segala kesakitan itu di dada tanpa perlu aku mengingatinya dan kemudian menutupnya dengan sulaman indah, sekadar untuk menyedapkan hati yang beterbangan mencari ketenangan.


Hati, sesungguhnya aku mengharap agar kau bisa tenang saat ini...

Tuesday, November 25, 2008

Dan kau cuma bukan siapa-siapa untuk aku

Kau cumalah dadah yang pernah aku tagihkan suatu ketika dahulu yang sedikit sahaja lagi selayaknya menjadikan aku manusia bodoh. Hina.


...

24 Nov

Aku harap,
Saat kau bepergian itu,
Kau bawa segala hati aku yang pernah kau berkuat untuk memiliki
Kerana,
Untuk bahagian itu,
Aku sudah tidak pernah mengharapkannya lagi

Intro

Wujud,
Hidup dan mati telah lama

Dan ini,
Masih berbau harum.

Kudos!