Sunday, December 21, 2008

Si pelayar duduk di hadapan alam maya,

ingin sekali menghirup angin dari negeri di bawah bayu
berbau laut,
bakau,
kebingitan pasarnya
aku sangat rindukan langit membiru di negeri aku
dan ya,
aku akan kembali
saat matahari menebar emasnya
di dada langit 23 ini
mari!
peluklah aku!

Friday, December 19, 2008

Infiniti kesyukuran

Awan indah itu sudah tiba
Ditiupkan oleh angin kabar untuk seorang hina
Bahawa telah datang kepadanya
Satu nikmatNya yang dia tidak pernah terbayang sedikit pun akan tersentuh dengan jari-jemarinya
Yang hanya segar dalam anganan
Tapi kini telah tersedia sebagai hidangan lazat dari Tuhannya
Sebagai senyuman indah nikmat dari Sorga
Dikepalnya penuh kesyukuran
Enggan dilepaskan
Kerana terasa nikmat itu sangat berbeda dengan sebelum ini
Ajaib, enggan dipercayai
Namun itu hakikatnya
Lantas dia berzikir, memujiNya
"Tuhan,
Sujudku padaMu
Kuhamburkan segala kesyukuran
Atas segala nikmatMu
Terima kasih Tuhan untuk yang satu ini
Dan terima kasih atas segalanya!"

Monday, December 15, 2008

Mari sayang, berbaring di pundakku

Ceritakan kisah manismu, biar tawamu aku titip masuk ke dalam lubang-lubang hatiku yang aku biarkan kosong untukmu. Mari sayang, berkisahlah padaku, tentang perkara yang mengindahkan pikiranmu. Luahkan padaku tentang kesakitan yang menarik ubun-ubunmu yang kau begitu takutkan.

Mari!

Aku mahu merasai setiap deriamu. Ingin aku selam siapa dirimu. Mahuku cium setiap bau yang menusuk ke dalam hidungmu biar aku tahu sejauh mana hatimu yang patut aku kenal. Lupakan seketika realiti. Biar tubuhmu merasai kehangatan kasih sayangku. Aku mahu kamu.

Thursday, December 11, 2008

Aku mahu berlumba dengan kepekatan malam,

Untuk berlawan siapa lagi pantas mengejar cahaya. Biar gelap malam itu tertinggal dengan bekas-bekas hitam yang pernah berbingkas di setiap kulit aku. Biar aku bersalin dengan persalinan kulit yang baru hari esok. Biar semuanya baru, aku tidak mahu melihat yang lama lagi.

Aku jelek.

Tuesday, December 9, 2008

0140

Perkiraan aku, jam itu masih awal. rugi andainya aku menarik selimut membalut tubuh sambil mata dibiarkan melabuh.saat ini, mahu sahaja aku terbang kepada sesiapa yang aku tidak kenal,

untuk aku bercerita apa sahaja tentang perkara-perkara yang menyeronokkan,

biar aku lupa segala sorrow.
biar aku lupa segala yang menyayat.
biar aku jalin ikatan dengan orang yang baru untuk aku rasai semua saat keseronokan.

dan bila aku bosan, aku terbang lagi untuk orang yang lain!

Lelaki Tionghua

hai si tionghua
mari ke sini
duduklah di kananku
mari bercerita denganku
tentang aku, tentang kamu
yang aku pernah kenal di sejuk-sejuk bumi cameron
mari,
tahankan sedikit saatmu
beri kelapangan pada dadamu
kita cerita tentang langit, tentang bintang
yang indah-indah semuanya
mari!

Wednesday, December 3, 2008

Untuk DIA

Tuhan, Tuhan!
Aku mencariMu!
Tuhan, Tuhan!


...

Monolog Ketika Hujan

Tetes hujan,
Dingin dinihari,
Tapi belum cukup mengelus sejuk ruang hati
Hati masih mengerang
Kepanasan
Dek tempias angin jahat yang membisik kata-kata dendam
Sungguh hati masih belum reda
Fikiran belum tenang
Tentang ulahmu yang memprovok aku dalam diam
Tentang ulahmu yang kau rasa kau tidak merasa sedikit pun picisan kesalahan ke atas aku
Yang menurutmu,
Kau ludahkan segala kesalahanmu
Tepat ke batang hidungku
Aku hairan
Bagaimana boleh aku terus menelan segala kata-katamu
Walau aku tahu hujahmu ketika masuk ke dalam kerongkongku
Seolah-olah meleret setiap kulitnya dengan paku
Tajam,
Dan itu menyakitkan
Kau tahu?

Ah,
Apa yang kau tahu,
Cukup kau tahu
Aku ini perempuan dungu bebal
Yang boleh kau curahkan dengan minyak panas ciptaan mu

Tapi berharaplah aku masih punya sedikit kesabaran
Untuk kau merobah balik apa yang kau pernah musnahkan.